1.Apakah fungsi sebenar SPMFokus?
SPMFokus dirasmikan pada 3 April 2026 berfungsi sebagai pusat rujukan yang membolehkan pelajar mendapatkan bimbingan dan bahan persediaan untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
2.Bagaimana SPMFokus boleh membantu saya skor peperiksaan SPM dengan cemerlang?
SPMFokus boleh membantu anda skor peperiksaan SPM dengan cemerlang melalui tiga pendekatan utama:
a) Video ulasan soalan-soalan SPM tahun lepas dengan penerangan yang sangat teliti oleh guru-guru yang berpengalaman.
b) Video pembelajaran lebih fokus kepada topik yang kerap keluar sebagai soalan dalam peperiksaan SPM.
c) Video teknik pembelajaran & persediaan SPM yang dikongsikan oleh guru dan pelajar cemerlang lepasan peperiksaan SPM.
3.Pendaftaran & Yuran
a) Berapa yuran yang perlu dibayar untuk menyertai SPMFokus?
Yuran asal sekarang adalah RM39. Sila rujuk laman utama untuk promosi terkini.
b) Adakah yuran perlu dibayar setiap bulan?
Tidak. Pendaftaran dan pembayaran yuran adalah sekali sahaja. Sekali daftar, membolehkan anda mendapat akses kepada kesemua subjek yang ditawarkan.
c) Sampai bila akses ini sah?
Akses anda sah sehingga 31 Disember 2026.
d) Apakan subjek yang ditawarkan didalam SPMFokus?
Antara subjek yang tersedia termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik, Sains, Sejarah, Kimia, Fizik, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Perniagaan, Ekonomi dan Geografi. Kesemua subjek boleh diakses dengan satu yuran pembayaran sahaja.
4.Kandungan & Pembelajaran
a) Siapa yang mengajar di SPMFokus?
Semua video diterangkan oleh guru-guru yang berpengalaman mengajar subjek-subjek Tingkatan 4 dan 5 serta arif dengan format dan teknik menjawab peperiksaan SPM.
b) Adakah kesemua video boleh ditonton berulang kali?
Ya, 100%. Anda boleh menonton video-video ulangkaji dan ulasan soalan SPM pada bila-bila masa 24/7, di mana-mana sahaja, mengikut keselesaan anda.
c) Adakah SPMFokus sesuai untuk pelajar yang lemah?
Sangat sesuai. Penerangan dibuat secara teliti dan berfokus kepada teknik menjawab. Ia membantu pelajar lemah memahami konsep asas dan mengasah kemahiran menjawab yang membolehkan pelajar skor markah lebih tinggi.
d) Adakah nota atau latihan disediakan?
Selain video, kami menyediakan latihan dan ujian penilaian dengan menetapkan masa seperti peperiksaan SPM sebenar. Oleh yang demikian, dengan cara begini, membolehkan pelajar memahirkan diri menjawab mengikut masa yang diperuntukkan dengan penuh keyakinan.
5.Akses & Bantuan Teknikal
a) Bagaimana cara untuk mendaftar?
Taip https://www.spmfokus.my di bahagian pencarian “url” dan buka laman web SPMFokus.
Di halaman “Utama” klik butang “Daftar Sekarang” atau menuju kepada bahagian di atas laman web “Header” dan klik “Buat Pembayaran”
Selepas pembayaran/pendaftaran, anda akan mendapat emel menyatakan pendaftaran anda telah lulus dan boleh log masuk melalui akaun anda untuk menerokai “Ulangkaji SPM”.
b)Saya ada masalah untuk login / pembayaran. Siapa yang perlu saya dihubungi?
Anda boleh menghubungi kami terus untuk mendapatkan bantuan pantas dengan klik butang “Chat” di laman web SPMFokus. Selain itu, berikut adalah nombor rasmi kami di “Whatsapp” : +6019-3113058 dan emel: admin@spmfokus.my
c) Adakah SPMFokus mempunyai aplikasi?
Buat masa ini, SPMFokus boleh diakses terus melalui laman web https://www.spmfokus.my di telefon bimbit, tablet atau komputer anda.
6.Sistem Pembayaran
a)Apakah cara pembayaran yuran pendaftaran SPMFokus?
Pendaftaran yuran SPMFokus boleh dibayar melalui BillPlz, sistem pembayaran atas talian yang dipercayai di Malaysia.
Apabila anda klik “Daftar Sekarang” atau “Buat Pembayaran”, ia akan menuju kepada sistem pembayaran BillPlz.
b) Bolehkah saya membatal pendaftaran selepas membuat pembayaran?
Jika anda telah membuat pembayaran tetapi ingin membatal pendaftaran, sila emel permohonan anda kepada admin@spmfokus.my.